Tuesday, May 9, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

     
     Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik [MAKA].  Majlis ini bermula jam 8.30 pagi dan sempurnajaya tepat jam 11.30 pg.  Majlis yang bermakna dan bersejarah kali ini telah diadakan di Dewan Gemilang.  Majlis ini merupakan antara aktiviti tahunan yang penting lagi utama bagi sekolah.  Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum.  Hal ini serta tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha.  Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan contoh para pelajar cemerlang ini sebagai model.

     Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh 29 jawatankuasa kerja dan penganjuran majlis yang terdiri daripada para warga sekolah.  Guru-guru dibantu oleh pelajar-pelajar yang dilantik sama menganggotai beberapa jawatankuasa. Semua urusan dilaksanakan seusai mesyuarat MAKA pertama diadakan. Manakala urusan seperti hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak tiga kali bagi memastikan majlis MAKA berjalan dengan lancar.
     Sambutan dilakukan dengan penuh adat dan tradisi. Tetamu Jemputan Kehormat diringi oleh Pengetua, YDP PIBG, Para Pentadbir sekolah serta tetamu jemputan khas dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar sekolah, diserikan lagi dengan bunga manggar, tepak sirih dan bunga telur.


     Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagi Negaraku, Ucapan Aluan Pengacara dan bacaan doa oleh Ust Dr Nordin Bin Halis.  Selepas bacaan doa selesai, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pengetua sekolah pula menyampaikan ucapan masing-masing.  Seterusnya, tetamu jemputan kehormat, iaitu Encik Sambathu, pegawai JASA yang mewakili Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan menyampaikan ucapan perasmian, seterusnya menyempurnakan GIMIK pelancaran sebagai tanda bermulanya majlis MAKA 2017.

     Seterusnya, majlis diserikan dengan tiga persembahan pelajar yang diadakan secara berselang seli dengan penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman, peperiksaan awam PT3, SPM dan STPM 2016 diadakan.


     Dikuti pula dengan anugerah penghargaan kepada panitia yang cemerlang, serta penyampaian lima anugerah khas melibatkan komuniti, Ketua Pengawas, Ketua Pengawas Pusat Sumber, Sahsiah Terpuji (lelaki dan perempuan) yang memberikan sumbangan cemerlang kepada sekolah dan terlibat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

Seramai 109 orang pelajar telah menerima pengiktirafan berdasarkan kepada kategori-kategori tertentu.  Antaranya ialah pelajar terbaik setiap kelas, pelajar terbaik bagi setiap tingkatan, pelajar terbaik dalam mata pelajaran, pelajar cemerlang PT3, SPM dan STPM.





Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan pentas oleh pelajar.   Dikuti dengan jamuan ringan kepada tetamu jemputan khas.  Keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar, walaupun terdapat sedikit kekurangan dan kecacatan semasa majlis berlangsung.  Pengetua mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjuran majlis yang bertungkus lumus dan bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pengerusi jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan MAKA.  Kepada para penyumbang, TERIMA KASIH DAUN KELADI.


Tuesday, August 14, 2012

Lawatan Tuan PPD dan TPPD ke SMK Sungkai

Tarikh: 14 Ogos 2012
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, Tuan Hj. Wazir Bin Mustafa dengan diiringi oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Osman Bin Mohamed Bahari telah melawat SMK Sungkai untuk melihat sendiri keadaan sekolah yang dilanda ribut pada Ahad lepas. Beliau mengambil masa lebih kurang satu jam untuk meninjau kerosakan yang berlaku pada bangunan-bangunan kelas dan bilik khas.
Pada masa yang sama kakitangan sekolah termasuk beberapa orang guru melakukan gotong-royong membersihkan sisa runtuhan pada garaj letak kereta, kantin, surau dan tempat-tempat yang perlu dibersihkan segera.

Klik gambar untuk ke galeri album SMK Sungkai

Monday, August 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa Asrama

Tarikh: 13 Ogos 2012
Hari: Isnin
Masa: 6.00 ptg - 8.00 mlm
Tempat: Dewan Makan Asrama

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Pengurusan Asrama SMK Sungkai menganjurkan Majlis Khatam Quran dan Berbuka Puasa untuk pelajar-pelajar yang menyertai program Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadhan pada tahun ini. Majlis ini juga turut disertai oleh semua pelajar muslim asrama SMK Sungkai.
Majlis dimulakan dengan acara khatam al-Quran dan Tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Sayed Hafzanizam dan diikuti dengan majlis berbuka puasa serta solat maghrib berjemaah di surau asrama.

Gambar-gambar sekitar majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa
Klik pada gambar untuk ke galeri album gambar.

Sunday, August 12, 2012

Bencana Ribut Melanda SMK Sungkai

Tarikh: 12.08.2012
Hari: Ahad
Masa: Lebih kurang 4.00 ptg

Kawasan sekitar Sungkai dilanda bencana ribut yang kuat sehingga menyebabkan banyak pokok tumbang dan kerosakan pada bangunan. Tidak terkecuali bangunan-bangunan di SMK Sungkai turut mengalami kerosakan yang teruk. Hampir kesemua blok bangunan mengalami kerosakan terutamanya pada bahagian bumbung yang diterbangkan ribut. Bumbung bangunan blok F paling teruk rosak. Begitu juga dengan tempat letak kereta yang kesemuanya telah runtuh. Walau bagaimanapun proses P&P tidak terjejas kerana para pelajar yang kelasnya terlibat dengan kerosakan telah ditempatkan di bilik-bilik khas yang tidak rosak.

Gambar-gambar kerosakan bangunan sekolah


Klik di sini untuk ke galeri gambar SMK Sungkai

Saturday, July 28, 2012

Majlis Berbuka Puasa KGKT 2012

Tarikh: 27 Julai 2012
Hari: Jumaat
Masa: 6.00 ptg
Tempat: Trolak Country Resort

Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Sungkai menganjurkan Majlis Berbuka Puasa sebagai salah satu aktiviti tahunan kelab bertempat di Restoran Anjung, Trolak Country Resort. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah hari lahir, cabutan bertuah dan tazkirah ramadhan yang diadakan di dewan Trolak Convention Center. Seterusnya acara berbuka puasa di Restoran Anjung.

Gambar sekitar majlis berbuka puasa.


Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menjalani Ibadat Puasa


Kepada semua warga SMK Sungkai, pihak admin blog Diari Peristiwa SMK Sungkai mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dariNya dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Amin.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...