Thursday, September 30, 2010

Seminar Teknik Menjawab Geografi STPM

Pada 30hb September 2010, seramai 31 orang pelajar SMK Sungkai telah menyertai Seminar Teknik Menjawab Geografi STPM di SMK Bidor, Bidor, Perak. Program ini adalah anjuran Panitia Geografi Daerah Batang Padang. Program ini disertai oleh semua sekolah tingkatan enam daerah Batang Padang yang menawarkan subjek Geografi sebagai subjek pilihan.

Monday, September 27, 2010

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Baru Sesi 2010/2011

Pada 27hb September 2010, diadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Baru Sesi 2010/2011. Majlis ini disempurnakan oleh En. Hussin bin Saad, selaku Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Sungkai. Seramai 38 orang pengawas baru telah dilantik menjadikan jumlah keseluruhan pengawas di SMK Sungkai seramai 104 orang. 





Friday, September 17, 2010

Majlis Jamuan Perpaduan dan Hari Raya Aidilfitri

Pada 17hb September 2010, SMK Sungkai mengadakan Jamuan Perpaduan (RIMUP) dan Hari Raya Aidilfitri bagi meraikan sambutan Aidilfitri pada tahun ini. Pada hari ini juga merupakan hari pertama persekolahan satu sesi bagi SMK Sungkai setelah sekian lama persekolahan dijalankan dalam dua sesi.

Sambutan hari raya diraikan oleh semua murid yang terdiri daripada pelbagai kaum memandangkan ia juga merupakan jamuan perpaduan. Guru-guru, staff dan para pelajar hadir dengan memakai pakaian hari raya yang beraneka ragam. 

Majlis juga diisi dengan ceramah motivasi oleh penceramah jemputan yang juga merupakan bekas guru SMK Sungkai, iaitu Prof. Madya En. Mohd Janib Bin Johari.





















Sunday, September 5, 2010

Selamat Bercuti dan Menyambut Hari Raya Aidilfitri

 
Kepada seluruh warga SMK Sungkai, saya mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Kepada yang pulang beraya di kampung, berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai dan kembali semula ke Sungkai dan jangan lupa bawa ole-ole untuk dikongsi bersama di 'dapur' kita.

Friday, September 3, 2010

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan, berlangsungnya Program Ihya' Ramadhan di bawah kendalian Ustaz Azizan dan guru-guru muslim SMK Sungkai. Antara pengisian program ini ialah sesi tazkirah pagi, kuiz Ramadhan, Tadarus al-Quran dan lain-lain lagi.
Pada 3hb September, berlangsung majlis penutup program ini dan diadakan juga acara bermaaf-maafan antara pelajar dan guru-guru sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Tn Pengetua merasmikan majlis penutup
         

Antara pelajar yang menyertai acara Program Ihya' Ramadhan menerima hadiah

Antara pelajar yang menerima sumbangan hari raya

Wakil pelajar yang menyertai Tadarus al-Quran menerima saguhati masing-masing

Antara guru yang terlibat menyampaikan tazkirah pagi menerima saguhati masing-masing

Ustaz Azizan yang mengendalikan Program Ihya'
Ramadhan SMK Sungkai 2010



Para pelajar bersalaman dan bermaaf-maafan dengan guru




Guru-guru juga tidak ketinggalan bermaaf-maafan sempena Aidilfitri


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...