Monday, October 18, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2010

Bermula pada 18hb Oktober 2010, para pelajar tingkatan 4 dan Pra-U Bawah mula menghadapi peperiksaan akhir tahun manakala para pelajar tingkatan 1 dan 2 pula akan mula menduduki peperiksaan akhir tahun pada 22hb Oktober 2010. Kepada semua pelajar, diharap dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh keyakinan. 




Thursday, October 7, 2010

Pameran Hasil Seni Pelajar PSV STPM

Pada 5 - 7hb Oktober 2010, pelajar-pelajar tingkatan 6 Atas yang mengambil subjek PSV telah mengadakan pameran hasil kerja mereka di bilik akses. Hasil kerja ini merupakan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh mereka yang juga merupakan salah satu kertas dalam subjek PSV STPM.

Wednesday, October 6, 2010

Lawatan Penolong PPD

Pada 6hb Oktober 2010, Pen. PPD Kurikulum, En. Khamdan Iskandar telah mengadakan perjumpaan dengan pelajar-pelajar dan guru-guru akademik tingkatan 6 Atas di SMK Sungkai. Perjumpaan ini bertujuan untuk menyampaikan harapan PPD dan JPN terhadap pencapaian peperiksaan STPM 2010. Memandangkan SMK Sungkai mempunyai calon yang paling ramai, adalah menjadi harapan PPD supaya peningkatan kuantiti dan kualiti pencapaian STPM daerah Batang Padang dapat disumbangkan oleh calon-calon daripada SMK Sungkai.






Sunday, October 3, 2010

Lawatan Sambil Belajar dan Kajian Luar Geografi

Pada 2 - 3hb Oktober, Panitia Geografi bersama-sama dengan Panitia Sejarah, PSV dan Kelab Alam Sekitar telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Muzium Tsunami, Lembah Bujang, Kota Kuala Muda dan Muzium Padi di negeri Kedah. Lawatan ini disertai oleh 72 orang pelajar tingkatan 6 dan diiringi oleh 12 orang guru.
Langkah pertama

Beratur menaiki bas


Wakil KUSISDARI memberi taklimat

Perpustakaan Hamzah Sendut 1

Weii.. nasi dah habis!!!

He..he.. nasib kau la. Sapa suruh lambat

Galeri Tuanku Fauziah

Antara yg ada kat dalam tu

Cenderahati kpd wakil KUSISDARI

Muzium Tsunami

Antara kesan Tsunami 1

Antara kesan Tsunami 2

Tempat menumpang tidur


Isi tangki dulu (sarapan)

Taklimat ketua rombongan

Lembah Bujang 1


Tapak Candi


Tanjung Dawai

Kota Kuala Muda

Muzium Padi

Pintu utama Muzium Padi

Antara yg menarik kat dalam tu

Licin...


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...