Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru 2012

1 Jan - Pihak admin blog Diari Peristiwa SMK Sungkai mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012. Semoga tahun 2012 ini akan membawa lebih banyak kecemerlangan yang dicapai oleh SMK Sungkai dengan barisan kepimpinan yang baru.

Friday, December 23, 2011

Keputusan PMR 2011

22 Dis - Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 2011 diumumkan di seluruh negara pada hari ini. Calon-calon PMR SMK Sungkai tidak ketinggalan menunggu saat mendebarkan keputusan diedarkan sejak awal pagi lagi.

Alhamdulillah, keputusan PMR SMK Sungkai 2011 mencatatkan peningkatan yang membanggakan. Peratus lulus ialah 53.44%, iaitu peningkatan sebanyak 3.44% berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatatkan peningkatan (menurun dari segi nilai), iaitu dari 3.46 kepada 3.23. Pada tahun ini seramai 4 orang calon mendapat semua A (8A) dan dan 4 orang mendapat 7A 1B. Satu pencapaian yang membanggakan berbanding PMR tahun lepas yang mana tiada seorangpun yang mendapat semua A.

Tahniah kepada yang lulus dan cemerlang dan bagi yang tidak cemerlang, peluang anda masih ada dalam peperiksaan SPM nanti. InsyaAllah.

Gambar-gambar pelajar cemerlang dan sekitar hari pengumuman keputusan peperiksaan PMR 2011.










Terima kasih kepada cikgu Aya Rahim kerana membenarkan saya menggunakan gambar dari facebooknya untuk dimuatkan dalam entri ini.

Thursday, November 10, 2011

Majlis Restu Ilmu

10 Nov - Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungkai menganjurkan Majlis Restu Ilmu untuk calon-calon SPM dan STPM 2011. Majlis ini bertujuan untuk memastikan pelajar-pelajar dapat memohon kemaafan daripada guru-guru agar mereka dapat menduduki peperiksaan dengan tenang. Ia juga bagi memastikan segala ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru akan diberkati dan diredhai olehNya.

Gambar-gambar sekitar majlis dalam proses muat naik ke foto album diari.

Majlis Semarak Kasih, Sekalung Budi

9 Nov - Badan Pengawas SMK Sungkai menganjurkan Majlis Semarak Kasih, Sekalung Budi bagi menghargai jasa pengawas telah menabur khidmat sebagai pengawas sepanjang tahun ini. Ia juga bertujuan untuk melatih para pelajar dalam menguruskan organisasi dan majlis serta memikul tanggungjawab yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. Antara pengisian majlis ini ialah penyampaian sijil penghargaan dan anugerah-anugerah kepada pengawas-pengawas mengikut kategori masing-masing. Ia juga turut diserikan dengan persembahan pelajar dan jamuan ringan.














Untuk melihat gambar-gambar yang lain, slik klik di sini.

Saturday, October 8, 2011

LADAP 08.10.2001

08 Okt - Jawatankuasa Perkembangan Staff SMK Sungkai menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) dengan tajuk Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Walaupun sebenarnya tajuk ini sudah pernah dibuat sebelum ini, tetapi masih ramai guru yang kurang memahaminya. Tambahan pula terdapat sedikit perubahan pada borang baru berbanding dengan yang dahulu. Pada kali ini, dengan pendekatan praktikal yang diterapkan, nampaknya guru-guru dapat melakukannya dengan betul.









Monday, October 3, 2011

Selamat Menempuh PMR 2011

04 Okt - Selamat menempuh peperiksaan PMR 2011 kepada pelajar tingkatan 3 SMK Sungkai. Semoga dapat menjawab dengan tenang dan mencapai keputusan yang cemerlang.

Friday, September 30, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

29 September - Majlis Anugerah Cemerlang SMK Sungkai diadakan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar atas kecemerlangan yang dicapai samada dalam akademik ataupun kokurikulum. Majlis yang diadakan di dewan SMK Sungkai ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Saudara Mohd Noor Hazrul, iaitu pemain bola sepak Liga Super negeri Perak yang merupakan bekas pelajar SMK Sungkai. Beliau diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Pada majlis ini, YB Dato' Seri telah berjanji akan membiayai perbelanjaan membaik pulih dataran perhimpunan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dalam proses muat naik ke album foto diari.















Klik di sini untuk lihat gambar-gambar lain.

Friday, September 16, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM

16 September - Selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas. Semoga bekalan yang telah dibawa mampu untuk digunakan dalam medan penentuan masa depan anda semua.

Thursday, September 15, 2011

Kem 1Murid 1Sukan Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang

12 - 14 September - Seramai 8 orang pelajar SMK Sungkai telah menyertai Kem 1Murid 1Sukan Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang 2011 yang diadakan di FELDA Residence Trolak. Kem ini menghimpunkan pelajar dan guru-guru dari semua sekolah menengah dan sebahagian sekolah rendah di daerah Batang Padang. Pada kali ini, sebanyak lapan jenis permainan dipilih untuk diberi pendedahan kepada pelajar dan guru terutama dalam aspek pengurusan, latihan dan asas permainan serta penganjuran pertandingan.

Gambar-gambar sekitar kem dalam proses muat naik ke album foto diari.










Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...