Monday, February 21, 2011

Keputusan STPM 2010

Pada 21hb Februari 2011, keputusan peperiksaan STPM 2010 telah diumumkan. Pencapaian SMK Sungkai telah meningkat dari segi peratus lulus, iaitu 98.78 peratus berbanding 93.33 peratus pada tahun 2009. Namun pencapaian kualiti menurun sedikit dari 2.52 kepada 2.45. Kedudukan ini meletakkan SMK Sungkai di tempat ke-29 dalam negeri Perak dan tempat ke-2 dalam daerah Batang Padang. 2 orang pelajar terbaik mendapat 3A 1B. Tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan kepada yang kurang berjaya, jangan berputus asa. Peluang masih terbuka untuk memperbaiki pencapaian anda.




Monday, February 14, 2011

Ceramah Maulidur Rasul

Pada 14hb Februari 2010, SMK Sungkai telah mengadakan Ceramah sempena sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ust. Khairul Basri bin Osman, Pegawai Agama di Pejabat Agama Islam Tapah. Antara kandungan ceramah beliau ialah berkaitan dengan masalah sosial remaja hari ini akibat daripada kepincangan keluarga yang semakin meninggalkan Sunnah Rasulullah s.a.w.




Saturday, February 12, 2011

Perutusan Tahun Baru TPM

Pada 10hb Februari 2011, semua pelajar SMK Sungkai mengikuti secara langsung perutusan tahun baru 2011 oleh Y.A.B Tan Sri Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran Malaysia. Semua pelajar berkumpul di kantin sekolah dan menonton melalui televisyen yang disediakan disitu.



Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...