Wednesday, March 2, 2011

Ujian Rasmi 1 2011

2hb Mac - Hari ini bermula Ujian Rasmi 1 2011 bagi semua kelas kecuali Tingkatan 6 yang telah bermula semalam. Ujian dijalankan di dalam kelas masing-masing kecuali Tingkatan 6 yang diadakan di dalam dewan Blok F. Jadual pengawasan adalah mengikut jadual waktu peribadi termasuk jadual yang diambil alih oleh guru praktikal. Guru-guru praktikal hanya akan masuk mengawas bagi menggantikan guru-guru yang tidak hadir.

Mesyuarat Kewangan Bil 1/2011

1hb Mac - Hari ini berlangsung Mesyuarat Kewangan pertama bagi tahun 2011. Semua Ketua Panitia, Guru tingkatan, serta guru-guru yang memegang buku stok telah hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat ini diadakan bagi memastikan urusan perbelanjaan setiap bidang dapat diuruskan dengan betul dan sistematik. Ketua kerani telah memaklumkan bahawa geran peruntukan telah diterima dan guru-guru yang berkenaan boleh menyemak peruntukan masing-masing di pejabat sekolah.

Kejohanan Bola Sepak MSSD Batang Padang 2011

28hb Feb - Kejohanan Bola Sepak MSSD Batang Padang 2011 telah bermula pada hari ini. Walaupun SMK Syeikh Abdul Ghani Bidor menjadi penganjur pada tahun ini, namun padang SMK Sungkai telah menjadi salah satu venue pertandingan. Pada hari ini telah berlangsung perlawanan peringkat kumpulan bagi kategori umur bawah 15 tahun. Namun begitu, pasukan bola sepak SMK Sungkai kurang bernasib baik kerana tidak berjaya untuk melangkah ke peringkat seterusnya apabila gagal mencatat kemenangan dalam semua perlawanan. Di harap pasukan bawa

Mesyuarat Kurikulum PPD Batang Padang 2011

28hb Feb - PPD Batang Padang telah mengadakan Mesyuarat Kurikulumnya di Bilik Gerakan Baru SMK Sungkai. Ia melibatkan semua pengetua sekolah menengah di daerah Batang Padang.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...