Thursday, June 30, 2011

Pelancaran Hari Koperasi Sekolah

29 Jun - Hari ini berlangsung Majlis Pelancaran Hari Koperasi Sekolah di Dataran Kejat SMK Sungkai. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sekolah dan lagu Semangat Koperasi. Kemudian diikuti dengan bacaan perutusan menteri KPDNKK dan menteri pelajaran oleh beberapa orang pelajar. Seterusnya ucapan perasmian oleh PK SMK Sungkai, En. Mohd Abd. Aziz bin Mohd Salleh. Pihak koperasi juga telah menyampaikan zakat dan sumbangan ikhlas kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Dalam majlis ini disampaikan sijil kepada ALK dan Anugerah Koperator 2011.

Ucapan Perasmian oleh En. Mohd Abdul Aziz (PK)


Penyampaian sumbangan zakat koperasi





Penyampaian hadiah

Upacara menyiram pokok serta perasmian kedai koperasi yang baru

En, Nor Azmi (PK Hem) turut menyiram pokok koperasi

Gerai jualan

Gerai koperasi

Gerai jualan


Sebenarnya sambutan Hari Koperasi Sekolah telah bermula sejak 25 Jun lagi dengan penganjuran Kursus Permainan Petanque Peringkat Daerah dan diikuti dengan Klinik Menderma Darah pada 28 Jun dengan kerjasama Hospital Daerah Slim River. Selain itu, terdapat beberapa acara lain yang turut mengisi sambutan HKS pada tahun ini. Antaranya ialah gerai jualan, kaunter keahlian, pertandingan kuiz koperasi dan pertandingan petanque.

Thursday, June 16, 2011

Latihan Kawad Kebakaran

16 Jun - Hari ini berlangsung latihan kawad kebakaran fasa 1 sebagai persiapan bagi menghadapi sekiranya berlaku kebakaran di sekolah. Latihan bermula pada pukul 8.30 pg dengan bunyi siren kecemasan dan semua pelajar bergerak untuk berkumpul di padang sekolah. Guru tingkatan dan ketua kelas memeriksa bilangan pelajar dalam kelas masing-masing. Dalam latihan ini seramai 3 orang pelajar telah 'tercedera' kerana terperangkap dalam kebakaran.





Setelah berkumpul, Penolong Kanan, En. Abdul Aziz membuat ulasan tentang latihan yang telah dijalankan. Menurutnya tindakan menyelamatkan diri oleh pelajar tidak memuaskan kerana mengambil masa lebih 8 minit untuk keluar dari kelas dan berkumpul di padang sekolah. Beliau berharap dalam latihan yang akan datang, pelajar lebih cepat bertindak setelah mendengar siren kecemasan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...