Tuesday, July 26, 2011

Forum Semarak Ramadhan

26 Julai - Panitia Pendidikan Islam SMK Sungkai telah menganjurkan Forum Semarak Ramadhan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang dijangka pada 1hb Ogos nanti. Forum ini telah dipengerusikan oleh En. Mat Rahim b. Mat Tahir dan ahli panelnya terdiri daripada Al-Fadil Ustaz Abd Munir b. Mohamed Noh, Pensyarah UiTM Tapah dan Al-Fadil Ustaz Shahrul Fadly b. Jamari, Guru Pendidikan Islam SK Dato' Kelana, Tapah. Diharap dengan adanya majlis forum ini dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar tentang ibadah puasa dan seterusnya dapat menjalani ibadah ini dengan penuh ketakwaan. IsyaAllah...






Saturday, July 9, 2011

Pertandingan Badminton 1M1S

8 dan 9 Julai - Kelab Badminton SMK Sungkai menganjurkan Pertandingan Badminton 1M1S. Pertandingan ini diadakan pada hari Sabtu untuk kategori lelaki bawah 15 tahun manakala bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 18 tahun pula diadakan pada hari Ahad. Sebanyak 9 bergu bagi kategori lelaki bawah 15 tahun telah mengambil bahagian manakala bagi kategori lelaki bawah 18 tahun sebanyak 17 bergu mengambil bahagian. Pertandingan hanya dijalankan sehingga peringkat separuh akhir sahaja kerana perlawanan akhir akan dijalankan serentak dengan pertandingan lain pada Hari PESKO, iaitu pada hari Sabtu, 23 Julai.






Tuesday, July 5, 2011

Majlis Pelancaran Program 1M1S Peringkat Sekolah

5 Julai - Majlis Pelancaran Program 1M1S peringkat sekolah dirasmikan oleh Puan Pengetua, Pn. Hjh. Rohani bt Abdul Hamid dengan jayanya. Puan Pengetua mengharapkan program ini mendapat sambutan daripada para pelajar dan menjadikannya sebagai satu aktiviti yang menyokong kepada pembangunan sahsiah pelajar yang cemerlang.



Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

2 Julai - Serentak di seluruh negara Program Larian 1M1S1M dijalankan sebagai simbolik kepada Pelancaran Program 1M1S. Larian ini juga telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Record sebagai program larian serentak yang teramai di Malaysia.
SMK Sungkai tidak ketinggalan turut melaksanakan program ini dan telah disertai oleh seluruh murid SMK Sungkai. Program dimulakan dengan acara senamrobik sebagai aktiviti pemanas badan. Selepas tamat program larian, acara pertandingan futsal dijalankan yang turut disertai oleh pasukan guru dan staff. Namun faktor kecergasan menyebabkan pasukan guru dan staff tersingkir awal.

















Cikgu Mat Rahim bersemangat meneruskan larian




Friday, July 1, 2011

ceramah isra' mi'raj

01 Jun - Sempena menyambut peristiwa Isra' dan Mikraj, Panitia Pendidikan Islam SMK Sungkai menhanjurkan satu Majlis Ceramah Isra' dan Mikraj yang diadakan di Dewan SMK Sungkai. Majlis bermula sejurus selepas perhimpunan pagi. Ceramah disampai oleh penceramah jemputan dari Politeknik, iaitu Ustaz Khir Johari.










Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...