Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa

24 Ogos - Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama pengurusan asrama SMK Sungkai telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bertempat di dewan SMK Sungkai. Majlis ini telah dihadiri oleh hampir 200 orang pelajar dan 20 orang guru dan jemputan. Majlis dimulakan dengan acara khatam AL-Quran dan diikuti oleh bacaan tahlil ringkas.

Gambar-gambar sekitar majlis berbuka puasa dalam proses muat naik ke album foto diari.

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Kepada semua warga SMK Sungkai, Admin Blog Peristiwa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat bahan atau tulisan dalam blog ini yang menyinggung perasaan mana-mana pihak. Kepada yang ingin pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, diharapkan memandu dengan cermat supaya selamat sampai ke destinasi masing-masing.


Monday, August 22, 2011

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

22 Ogos - Bulan Kemerdekaan Datang Lagi...
Sebagai mana biasa, Bulan Kemerdekaan disambut meriah oleh warga SMK Sungkai. Pada tahun ini, sambutan ini diserikan lagi dengan pelbagai pertandingan dan pameran khususnya oleh Panitia Sejarah SMK Sungkai. Antara pertandingan yang dijalankan ialah kuiz sejarah, menulis esei, mendeklamasi puisi dan sebagainya. Pameran tentang bahan-bahan berkaitan sejarah kemerdekaan negara turut dipamerkan di Bilik Akses Aras 2, Blok G. Pameran ini berlangsung selama sebulan, iaitu dari 16 Ogos hingga 16 September 2011.

Gambar-gambar sekitar sambutan Bulan Kemerdekaan dalam proses muat naik ke album foto diari.

Monday, August 1, 2011

Selamat Berpuasa

1 Ogos - Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan rukun Islam ketiga, berpuasa di bulan Ramadhan kepada seluruh warga SMK Sungkai. Semoga kita semua dapat memanfaatkan kesempatan yang dikurniakan Allah dalam bulan penuh keberkatan dan keampunan ini untuk mempertingkatkan ibadah dan ketakwaan kepadaNya. Amin...

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...