Friday, September 30, 2011

Majlis Anugerah Cemerlang 2011

29 September - Majlis Anugerah Cemerlang SMK Sungkai diadakan untuk menyampaikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pelajar atas kecemerlangan yang dicapai samada dalam akademik ataupun kokurikulum. Majlis yang diadakan di dewan SMK Sungkai ini dirasmikan oleh YB. Dato' Seri Ong Ka Chuan, Ahli Parlimen Tanjung Malim. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Saudara Mohd Noor Hazrul, iaitu pemain bola sepak Liga Super negeri Perak yang merupakan bekas pelajar SMK Sungkai. Beliau diberi peluang untuk menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum. Pada majlis ini, YB Dato' Seri telah berjanji akan membiayai perbelanjaan membaik pulih dataran perhimpunan sekolah yang dianggarkan berjumlah RM10,000.

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dalam proses muat naik ke album foto diari.















Klik di sini untuk lihat gambar-gambar lain.

Friday, September 16, 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM dan STPM

16 September - Selamat menduduki peperiksaan percubaan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 dan 6 Atas. Semoga bekalan yang telah dibawa mampu untuk digunakan dalam medan penentuan masa depan anda semua.

Thursday, September 15, 2011

Kem 1Murid 1Sukan Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang

12 - 14 September - Seramai 8 orang pelajar SMK Sungkai telah menyertai Kem 1Murid 1Sukan Sekolah-sekolah Daerah Batang Padang 2011 yang diadakan di FELDA Residence Trolak. Kem ini menghimpunkan pelajar dan guru-guru dari semua sekolah menengah dan sebahagian sekolah rendah di daerah Batang Padang. Pada kali ini, sebanyak lapan jenis permainan dipilih untuk diberi pendedahan kepada pelajar dan guru terutama dalam aspek pengurusan, latihan dan asas permainan serta penganjuran pertandingan.

Gambar-gambar sekitar kem dalam proses muat naik ke album foto diari.










Sunday, September 11, 2011

Kursus Memanah Guru-guru Daerah Batang Padang

10 September - SMK Sungkai dengan kerjasama Unit Sukan PPD Batang Padang telah menganjurkan Kursus Asas Memanah untuk guru-guru daerah Batang Padang. Kursus ini dikendalikan oleh En. Johar, PTPS memanah negeri Perak. Walau bagaimanapun, disebabkan server portal PPD 'down' menyebabkan ramai guru/sekolah tidak mendapat maklumat tentang kursus ini. Keadaan ini menyebabkan hanya 6 orang guru dari 6 buah sekolah sahaja yang hadir. Walau bagaimanapun, kursus ini tetap berjalan dengan lancar memandangkan guru-guru yang hadir menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengambil bahagian dalam aktiviti ceramah dan praktikal yang dijalankan.

Gambar-gambar sekitar kursus dalam proses muat naik ke album foto diari.













Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Friday, September 9, 2011

Majlis Solat Hajat Perdana

8 September - SMK Sungkai telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana khusus untuk pelajar-pelajar SMK Sungkai yang akan menduduki peperiksaan awam, iaitu PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Majlis diadakan di dewan makan asrama SMK Sungkai. Pelajar-pelajar yang terlibat digalakkan hadir bersama-sama dengan ibu bapa atau penjaga masing-masing. Majlis turut dihadiri oleh AJK PIBG dan wakil PPD.









Klik di sini untuk gambar-gambar sekitar majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana yang lain.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...