Thursday, January 19, 2012

Majlis pelancaran dan penyerahan baucar buku satu malaysia

Sekitar majlis pelancaran penyerahan baucar  buku RM200 kepada pelajar pra-u @ tingkatan enam atas 2012







Tuesday, January 17, 2012

Majlis Pendaftaran Rancangan Khas Tingkatan Satu

16 Jan - Sekitar Majlis Pendaftaran Rancangan Khas Tingkatan satu . Sila lihat album penuh di galeri.


Majlis Penyerahan Kunci Kelas dan Pas Keluar Kelas

Sekitar Majlis Penyerahan Kunci Kelas dan Pas Keluar Kelas. Untuk Melihat album penuh sila ke Galeri  :)


Ketua kelas 6 Atas Ibnu Sina 


Friday, January 13, 2012

Hari Interaksi1 : SMK SUNGKAI 15/JAN/2012



Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.


15 Jan- Hari Interaksi bersama ibu bapa di adakan untuk mengeratkan silaturahim antara para guru dan pelajar ibu bapa. Tujuan utama hari interaksi pada awal tahun adalah untuk memaklumkan kepada ibu bapa tentang matlamat sekolah dan target pencapaian pelajar untuk sepanjang tahun 2012.


Galeri :




Para ibu bapa hadir bagi membincangkan tentang pencapaian pelajaran anak-anak di dalam keputusan peperiksaan Akhir Tahun 2011 yang lalu dan seterusnya akan menandatangani Buku Laporan Kemajuan Prestasi (BLKP) serta Surat AkuJanji yang telah di sediakan.

   

         


Terima Kasih di ucapkan kepada ibu bapa yang sudi hadir ke program ini .


Wednesday, January 11, 2012

Gotong Royong Perdana SMK Sungkai 2012

7 Jan 2012 - Pada hari sabtu yang lepas , satu Gotong Royong Perdana telah diadakan di Smk Sungkai.Program ini adalah untuk menjalinkan hubungan erat antara murid dan guru-guru. Alhamdulilah program yang dirancang berjalan lancar dengan kehadiran murid-murid yang agak ramai dan pihak pentadbir yang turut sekali menjayakan program ini.


Antara gambar-gambar yang menarik sepanjang program dijalankan :


















Pelajar Cemerlang PMR 2011

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.


Memandangkan blog ini telah di ambil alih oleh admin yang baru , maka cara penyampaian penulisan  dalam blog ini juga berlainan. Sebelum itu , admin meminta maaf sekiranya cara admin menyampaikan sesuatu peristiwa di dalam blog ini menyinggung mana-mana pihak yang berkaitan. 


Sesuai dengan tajuk entry kita pada kali ini , admin ingin mengucapkan jutaan Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menengah rendah PMR bagi tahun 2011 .. 


Berikut gambar-gambar muka pelajar cemerlang yang dalam PMR 2011


 Ramai yang berjaya di kalangan pelajar perempuan ..

 Tahniah di ucapkan sekali lagi !


 Pihak sekolah dan Guru-guru sangat berbangga dengan pencapaian anak muridnya ..

Admin berharap , mereka akan terus berjaya mengekalkan kejayaan ini sampai ke menara gading 

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Datang

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera.

Memandangkan laman web rasmi SMK Sungkai telah melebihi had penggunaannya di tapak percuma dan menyebabkan ia tidak dapat digunakan lagi, saya telah mengambil inisiatif untuk membangunkan laman blog ini sebagai laman alternatif bagi membolehkan maklumat dan peristiwa yang berlaku di SMK Sungkai dapat dipaparkan kepada umum. Saya amat berharap usaha ini dapat memberikan manfaat kepada semua warga SMK Sungkai.
Sekian, wassalam.

Admin.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...