Friday, March 30, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang

24 - 25 Mac 2012 - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan di Pulau pinang anjuran kelab seni dan kebudayaan. Seramai 75 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring telah ikut bersama untuk menyertai lawatan itu. 

Banyak tempat menarik telah kami lawati antaranya ialah Muzium Galeri Fauziah di USM, Arkib Rumah P Ramlee, Plaza Gurney, Padang Kota Lama, Aquarium Pinang dan banyak lagi .. berikut adalah gambar-gambar yang sempat di rakam untuk kenangan kami bersama : 


Pelajar tekum mendengar sedikit penerangan daripada abang-abang senior di USM tentang kos pengajian di universiti tersebut.

Kami Telah ditayangkan slide tentang serba sedikit Kusisdari iaitu persatuan yang telah ditubuhkan di USM berkaitan dengan anak jati perak .

Pelajar perempuan tekun mendengar.

Kami bergambar bersama-sama untuk meninggalkan kenangan di USM supaya jikalau ada rezeki kami boleh menyambung belajar di universiti tersebut.

Segak dan cantik berbaju batik berwarna merah jambu. Kami bergambar bersama siswa di universiti tersebut.

Destinasi pertama kami iaitu di R&R Bukit Gantang.




Bas yang di naiki :)

Seterusnya, kami melawat rumah P Ramlee .

Bergambar di Seri Meriam .

Singgah makan di The Chicken Rice Shop (tak semua, depa semua dok pekena pesemboq)



Muka keletihan kerana dalam perjalanan ke tempat rehat di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau 



Sunday, March 25, 2012

LADAP 1/2012

24 Mac - Jawatankuasa Perkembangan Staff SMK Sungkai menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri 1/2012 bertempat di Bilik Gerakan Blok G. Pada awalnya pihak penganjur merancang LADAP ini dijalankan dalam dua slot, namun disebabkan kesuntukan masa, slot kedua terpaksa ditunda ke tarikh yang lain. Slot pertama LADAP disampaikan oleh Tn. Hj. Basri bin Abdullah, Perunding Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM). Tajuk ceramahnya Modal Insan Berkualiti dan Cemerlang Aset Organisasi.









Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Thursday, March 22, 2012

Keputusan Peperiksaan SPM 2011

21 Mac - Keputusan peperiksaan SPM 2011 diedarkan kepada calon-calon SMK Sungkai di Dewan Blok A pada pukul 11.30 pagi. Keputusan peperiksaan SPM 2011 SMK Sungkai mencatat sejarah tersendiri apabila seorang pelajar mendapat semua A, iaitu 10A dan peningkatan saujana dalam peratus serta GPS.

Senarai Pelajar Cemerlang

Bil.
Nama
Keputusan
1.
Loke Kah Lok
10A
2.
Ganesheni a/p Subramaniam
8A 1B
3.
Hemalatha a/p Gopalakrishnan
7A 4B
4.
Norlina bt Mohd Ali Rajindra
7A 3C
5.
Wan Wai Hun
6A 2B








Klik di sini untuk melihat gambar yang lain.

Saturday, March 10, 2012

Majlis Pelancaran Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang

9 Mac - Majlis Pelancaran Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang peringkat sekolah telah disempurnakan oleh Puan Pengetua, Pn. Hjh Rohani bt Abdul Hamid. Sebagai permulaan, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah hari lahir kepada beberapa orang pelajar bertuah yang menyambut hari lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac.








Thursday, March 8, 2012

Keputusan Peperiksaan STPM 2011

7 Mac - Keputusan peperiksaan STPM 2011 untuk calon-calon SMK Sungkai diedarkan di Dewan Blok A pada jam 12.00 tgh hari. Hampir kesemua calon hadir untuk mendapat slip keputusan masing-masing. Keputusan STPM pada kali ini agak mengecewakan kerana berlaku penurunan bagi kuantiti dan kualiti. Namun begitu, terdapat beberapa mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan sama ada dari segi kualiti ataupun kuantiti.


PERBANDINGAN PENCAPAIAN STPM 2010 – 2011

TAHUN
M/P
2010
2011
PNGK
%
PNGK
%
P. AM
2.29
73.17
1.96
71.43
B. MELAYU
2.64
84.00
2.63
87.50
B. TAMIL
3.00
100
2.44
66.67
K. MELAYU
2.37
61.54
2.19
61.11
SEJARAH
2.99
93.1
3.04
89.47
GEOGRAFI
2.29
70.59
2.34
78.38
EKONOMI
1.25
42.86


P.PERNIAGAAN
2.51
82.93
1.97
71.43
PSV
2.87
100
2.94
90.91

2.45
98.78
2.25
94.64

Terkini: Terdapat kesilapan pada pengiraan pencapaian mata pelajaran Ekonomi. Ia akan dikemaskini apabila mendapat pengiraan yang betul.

PELAJAR CEMERLANG

Bil
Nama
PA
BM
SEJ
EK
PP
PNGK
1.
NUR NATASYA AIN BT ZULKOFLI
A-
A
A-
D+
B+
3.67
2.
MUHAMAD FAIZUL BIN OSMAN
B
A
A

C+
3.33









Friday, March 2, 2012

Majlis Pelancaran Program NILAM

28 Feb - Majlis Pelancaran Program NILAM 2012 telah disempurnakan oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rohani Binti Abdul Hamid dengan jayanya. Pada majlis ini juga disampaikan anugerah dan sijil kepada pelajar. Majlis juga diserikan dengan persembahan nyanyian koir oleh pengawas pusat sumber.







Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...