Friday, March 30, 2012

Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang

24 - 25 Mac 2012 - Satu lawatan sambil belajar telah diadakan di Pulau pinang anjuran kelab seni dan kebudayaan. Seramai 75 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring telah ikut bersama untuk menyertai lawatan itu. 

Banyak tempat menarik telah kami lawati antaranya ialah Muzium Galeri Fauziah di USM, Arkib Rumah P Ramlee, Plaza Gurney, Padang Kota Lama, Aquarium Pinang dan banyak lagi .. berikut adalah gambar-gambar yang sempat di rakam untuk kenangan kami bersama : 


Pelajar tekum mendengar sedikit penerangan daripada abang-abang senior di USM tentang kos pengajian di universiti tersebut.

Kami Telah ditayangkan slide tentang serba sedikit Kusisdari iaitu persatuan yang telah ditubuhkan di USM berkaitan dengan anak jati perak .

Pelajar perempuan tekun mendengar.

Kami bergambar bersama-sama untuk meninggalkan kenangan di USM supaya jikalau ada rezeki kami boleh menyambung belajar di universiti tersebut.

Segak dan cantik berbaju batik berwarna merah jambu. Kami bergambar bersama siswa di universiti tersebut.

Destinasi pertama kami iaitu di R&R Bukit Gantang.




Bas yang di naiki :)

Seterusnya, kami melawat rumah P Ramlee .

Bergambar di Seri Meriam .

Singgah makan di The Chicken Rice Shop (tak semua, depa semua dok pekena pesemboq)



Muka keletihan kerana dalam perjalanan ke tempat rehat di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau 



No comments:

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...