Monday, April 30, 2012

Pesta Kokurikulum 2012

Tarikh: 28 April 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Sekitar Dataran Kejat dan lot parking

Pesta Kokurikulum (PESKO) SMK Sungkai 2012 akhirnya dapat dilaksanakan setelah terpaksa ditangguhkan dari tarikh asalnya pada 21 April 2012. Pelbagai aktiviti diadakan termasuk pertandingan permainan seperti badminton, catur, congkak dan lain-lain. Turut diadakan pertandingan memasak dan pada hari ini pelbagai gerai jualan dibuka sebagai acara kemuncak PESKO 2012. Segala urusan jual beli menggunakan kupon dan jualan tunai tidak dibenarkan sama sekali.








Gambar-gambar sekitar aktiviti PESKO dalam galeri album SMK Sungkai. Sila klik di sini.

Saturday, April 28, 2012

Hari Anugerah Kesemerlangan 2012

Tarikh: 26 April 2012
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Blok A

Hari Anugerah Kecemerlangan SMK Sungkai 2012 dilangsungkan dengan jayanya walaupun kehadiran ibu bapa agak mengecewakan memandangkan majlis diadakan pada waktu pagi. Majlis pada asalnya akan dirasmikan oleh YB Dato' Kushairi bin Abdul Talib D.P.M.P, P.P.T, B.S.K, ADUN Slim, namun terpaksa mewakilkan pegawai khasnya, iaitu En. Mohd Amin bin Osman yang juga merupakan bekas pelajar SMK Sungkai amat gembira dapat hadir dan mengumumkan sumbangan khas kepada pihak sekolah serta berjanji untuk memanjangkan beberapa permohonan pihak sekolah kepada YB Dato'. Pada majlis ini juga saudara Mohamad Shahrul Izwan Shah yang juga merupakan Ketua Pelajar sesi 2011/2012 telah diumumkan sebagai Tokoh Pelajar 2012.








Gambar-gambar sekitar majlis tersebut dalam proses muat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Friday, April 20, 2012

Hari Keluarga@Teluk Batik

Tarikh: 19 April 2012
Hari: Khamis
Tempat: Teluk Batik

Kelab Guru dan Kakitangan SMK Sungkai menganjurkan Hari Keluarga bertempat di Teluk Batik. Sebahagian ahli kelab telah menginap di Virgo Batik Resort pada 18 April manakala selebihnya datang pada awal pagi 19hb April. Pelbagai acara telah diatur oleh pihak AJK kelab seperti barbeque pada rabu malam dan pada keesokan harinya diadakan acara sukaneka yang melibatkan semua ahli keluarga. Antaranya, pertandingan bola tampar, petanque, congkak, mewarna dan banyak lagi. Rugi kepada yang tidak ikut serta.







Untuk melihat gambar-gambar yang lain, sila klik di sini.

Friday, April 13, 2012

Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Teknologi

Tarikh: 9 April 2012
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Kejat

Minggu Sains dan Matematik SMK Sungkai berlangsung selama seminggu dari 9 - 13 April 2012 yang dianjurkan oleh Bidang Sains dan Matematik. Majlis dirasmikan oleh Pn. Pengetua, Pn. Hjh. Rohani bt Abdul Hamid. Gimik majlis pelancaran memperlihatkan aplikasi sains dan matematik dengan penggunaan kereta troli dan larutan kimia untuk memaparkan logo Minggu Sains dan Matematik pada kain putih. Pelbagai pertandingan juga turut mengisi Minggu Sains dan Matematik pada tahun ini seperti kuiz matematik, meneka jantina ikan, meneka berat tembikai, kereta solar, dapur solar, roket air dan banyak lagi di samping pameran sains.


 








Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Wednesday, April 4, 2012

Majlis Pelancaran Minggu Votek

Tarikh: 2 April 2012
Hari: Isnin
Masa: 7.30 pagi

Bidang Vokasional dan Teknologi SMK Sungkai menganjurkan Minggu Votek yang bermula pada 2 hingga 6 April 2012. Pelbagai acara dan pertandingan diadakan dan dibahagikan mengikut panitia seperti Kuiz KHB, Info pagi, melukis poster, rekaan fesyen, gerai jualan dan sebagainya. Pada majlis itu, Pn. Pengetua dan Penolong Kanan melepaskan ikan ke dalam akuarium sebagai simbolik kepada pelancaran Minggu Votek SMK Sungkai 2012.







Klik di sini untuk ke galeri gambar.

Sunday, April 1, 2012

Larian Merentas Desa


Tarikh: 31 Mac 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pgi

Acara larian dimulakan dengan sesi memanaskan badan yang dikendalikan oleh 4 orang pelajar tingkatan 6. Larian dilepaskan oleh En. Mohd Abdul Aziz, Penolong Kanan SMK Sungkai yang kemudiannya turut menyertai larian tersebut. Penyertaan larian ini akan menyumbang mata kepada rumah sukan pelajar dalam kejohanan olahraga tahunan yang akan diadakan nanti.








Klik di sini untuk ke galeri gambar

Majlis Perasmian Penutup Minggu Bahasa

30 Mac – Sepanjang 2 minggu persekolahan pada penghujung bulan Mac, Bidang Bahasa SMK Sungkai telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu dan Minggu Bahasa Inggeris. Minggu Bahasa Melayu bermula pada 19hb hingga  23hb Mac 2012 manakala Minggu Bahasa Inggeris pula berlangsung pada 26 hingga 30hb Mac 2012. Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan oleh kedua-dua panitia tersebut seperti pertandingan pidato, kuiz, menulis esei dan sebagainya. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Puan Pengetua pada perhimpunan pagi 30hb Mac 2012.







Klik di sini untuk melihat gambar yang lain

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...