Saturday, May 19, 2012

LADAP 2/2012

Tarikh: 19 Mei 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 - 12.30 tgh hari
Tempat: Makmal Komputer A dan Kelas di Blok H

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 2/2012 berlangsung hari ini dengan jayanya. Selaras dengan perubahan dalam sukatan pelajaran terutamanya dalam bentuk pentaksiran baharu, maka pihak sekolah melalui Unit Perkembangan Staff telah memilih Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai tajuk LADAP kali ini. Latihan pada kali ini dikendalikan secara perbengkelan oleh jurulatih utama sekolah mengikut kumpulan mata pelajaran masing-masing.

Gambar-gambar sedang dimuat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Thursday, May 17, 2012

Sambutan Hari Guru SMK Sungkai 2012

Tarikh: 16 Mei 2012
Hari: Rabu
Masa: 7.30 pg - 2.30 ptg
Tempat: Padang, Dewan A dan Dewan Makan Asrama

Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Ketua Tingkatan dan Badan Pengawas dengan kerjasam Kelab Guru dan Kakitangan SMK Sungkai menganjurkan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012. Pelbagai acara diatur untuk memeriahkan sambutan pada tahun ini. Antaranya acara sukaneka, penyampaian anugerah, persembahan guru dan pelajar, pertukaran hadiah dan jamuan.


























Gambar-gambar sekitar sambutan hari guru di galeri album SMK Sungkai. Klik di sini.

Tuesday, May 8, 2012

Pendaftaran dan Minggu Orientasi Pra U sesi 2012/2013

Tarikh: 8 - 18hb Mei 2012
Hari: Selasa - Jumaat
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Dewan Blok A

Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6 (MAPP) SMK Sungkai mengendalikan Majlis Pendaftaran dan Minggu Orientasi pelajar-pelajar Pra U SMK Sungkai sesi 2012/2013. Pelajar Pra U sesi kali ini merupakan kumpulan pertama yang akan mengikuti pengajian menggunakan sistem dan sukatan baharu STPM yang mana menggunakan sistem penggal.

Pada hari ini, seramai 112 daripada 250 orang yang tersenarai layak masuk ke tingkatan Pra U SMK Sungkai telah mendaftarkan diri. Mereka akan mengikuti Minggu Suai kenal ini selama 2 minggu untuk mendapat pendedahan yang lebih jelas tentang sistem dan sukatan baharu STPM. Pelbagai pengisian telah diatur oleh jawatan kuasa orientasi termasuklah taklimat akademik berkaitan pakej mata pelajaran yang ditawarkan, aktiviti ko kurikulum, perlawanan persahabatan, latihan dalam kumpulan dan sebagainya.

Perasmian Minggu Orientasi Pra U sesi 2012/2013 disempurnakan oleh Penolong Kanan SMK Sungkai, En. Mohamad Abdul Aziz bin Mohd Salleh. Beliau mengharapkan para pelajar yang masuk ke Tingkatan Pra U menggunakan peluang ini sebaiknya kerana melalui sistem baharu ini, peluang untuk mereka melangkah masuk ke universiti lebih mudah. Namun begitu, beliau juga mengingatkan para pelajar bahawa mereka perlu bekerja keras dari penggal 1 lagi kerana tidak ada istilah 'honeymoon' dalam sistem baharu STPM.

Gambar-gambar sekitar pendaftaran dan hari pertama Minggu Orientasi dalam proses muat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Klik Sini Gambar 

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012

8 Mei - Hari ini bermula secara rasmi Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi Tingkatan empat dan lima. Bagi tingkatan lain, ia akan bermula pada 11 Mei bagi Tingkatan 6 Atas dan 15 Mei bagi Tingkatan KP, 1, 2 dan 3. Tiada peperiksaan pada 16 Mei kerana terdapat acara sambutan Hari Guru. Pada minggu pertama peperiksaan, guru-guru mengawas mengikut jadual peribadi masing-masing manakala pada minggu kedua dan ketiga, guru-guru akan mengawas mengikut blok waktu yang ditetapkan. Pesanan daripada Unit Peperiksaan Dalaman agar guru-guru peka terhadap jadual 'relief' bagi mengelakkan berlaku masalah seperti peperiksaan lewat dimulakan, ketiadaan guru mengawas dan sebagainya.

Gambar gelagat pelajar menduduki peperiksaan PPT 2012 dalam proses muat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Gambar Sekitar Pendaftaran Pra-U 2012/2013

Sesi suaikenal bersama dengan pelajar 



Selaku Yang Dipertua MAPP 2011/2012
Pelajar perempuan mendaftar untuk kemasukan 











Sunday, May 6, 2012

Program Pembinaan Insan@Taubat

Tarikh: 4 - 5hb Mei 2012
Hari: Jumaat dan Sabtu
Tempat: Dewan Blok A

Unit Disiplin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Sungkai menganjurkan Program Pembinaan Insan @ Program Taubat. Program ini melibatkan pelajar-pelajar yang mempunyai rekod masalah disiplin terutamanya ponteng sekolah dan ponteng kelas. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan, iaitu Saudara Mohd Harif bin Shahidan dan Saudara Mohd Fadros yang juga merupakan bekas pelajar SMK Sungkai. Walaupun penyertaan pelajar agak kurang menggalakan, namun pengisian program ini dilihat memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar yang menyertainya. Menjadi harapan guru-guru SMK Sungkai agar pelajar-pelajar yang menyertai program ini dapat menjadikan program ini sebagai titik tolak kepada perubahan sikap yang lebih baik. InsyaAllah.










Sila klik di sini untuk ke galeri gambar SMK Sungkai.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...