Thursday, June 28, 2012

Majlis Sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah 2012

Tarikh: 27 Jun 2012

Hari: Rabu
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Kejat

Koperasi SMK Sungkai Berhad melancarkan sambutan Hari Koperasi Peringkat Sekolah dan telah disempurnkan oleh Puan Pengetua, Pn. Hjh. Rohani bt Abdul Hamid. Sebagaimana biasa, simbolik majlis pelancaran ialah dengan acara menanam pokok oleh pihak pentadbir. Kali ini sebayak 4 pohon pokok palma telah disumbangkan oleh pihak koperasi untuk ditanam di sekitar padang sekolah. Sempena sambutan Hari Koperasi ini juga turut dijalankan beberapa aktiviti dan pertandingan seperti kuiz koperasi, pertandingan petanque, derma darah, dan lain-lain lagi.

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Hari Koperasi



Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Sunday, June 24, 2012

Ceramah Israk Mikraj 2012

Tarikh: 22 Jun 2012
Hari: Jumaat
Masa: 8.00 pg
Tempat: Dewan Blok A SMK Sungkai

Panitia Pendidikan Islam SMK Sungkai menganjurkan majlis ceramah Israk Mikraj 2012 yang disampaikan oleh Ust. Khir Johari b. Abas, Pensyarah Pengajian Am, Politeknik Sabak Bernam. Dengan penyampaian yang santai dan bersahaja membuatkan ceramah beliau dapat menarik perhatian pelajar dan guru untuk terus mengikutinya hingga tamat.



Klik di sini untuk ke album gambar.

Sukan Tara 2012

Tarikh: 21 Jun 2012
Masa: 3.00 petang
Tempat: Padang SMK Sungkai

Kejohanan Olahraga SMK Sungkai dimulakan pada 21 Jun 2012 dengan acara Sukan Tara.  Semua murid akan mewakili rumah-rumah sukan masing-masing dalam tiga acara iaitu 100M, Lontar Peluru dan Lompat Jauh.  Setiap murid yang melepasi masa dan jarak kelayakan yang ditetapkan akan menyumbang satu mata untuk Rumah Sukan.



Klik di sini untuk ke album gambar.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...