Saturday, July 28, 2012

Majlis Berbuka Puasa KGKT 2012

Tarikh: 27 Julai 2012
Hari: Jumaat
Masa: 6.00 ptg
Tempat: Trolak Country Resort

Kelab Guru dan Kakitangan (KGKT) SMK Sungkai menganjurkan Majlis Berbuka Puasa sebagai salah satu aktiviti tahunan kelab bertempat di Restoran Anjung, Trolak Country Resort. Majlis dimulakan dengan penyampaian hadiah hari lahir, cabutan bertuah dan tazkirah ramadhan yang diadakan di dewan Trolak Convention Center. Seterusnya acara berbuka puasa di Restoran Anjung.

Gambar sekitar majlis berbuka puasa.


Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Saturday, July 21, 2012

Selamat Menjalani Ibadat Puasa


Kepada semua warga SMK Sungkai, pihak admin blog Diari Peristiwa SMK Sungkai mengucapkan selamat menjalani ibadat puasa. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dariNya dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Amin.

Friday, July 20, 2012

Ceramah Kesedaran Moral

Tarikh: 20 Julai 2012
Masa: 7.45 pg
Tempat: Dewan Blok G SMK Sungkai

Serentak dengan program Ceramah Awal Ramadhan, turut diadakan juga program Ceramah Kesedaran Moral untuk pelajar-pelajar bukan Islam. Ceramah disampaikan oleh pegawai dari Penjara Tapah, Kopral Vijaykumaran a/l Krishnakutty. Beliau banyak menekankan kepada bentuk pemulihan ke atas banduan seperti hukuman yang dikenakan ke atas banduan khususnya hukuman sebat. Diharap dengan pendedahan ini akan menimbulkan rasa gerun dalam kalangan pelajar dan seterusnya menghindarkan mereka daripada melakukan jenayah.

Gambar-gambar sekitar Ceramah Kesedaran Moral

Klik di sini untuk gambar yang lain.

Ceramah Awal Ramadhan

Tarikh: 20 Julai 2012
Hari: Jumaat
Masa: 7.45 pg
Tempat: Dewan A SMK Sungkai

Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Ceramah Awal Ramadhan sebagai salah satu program untuk menyambut kehadiran Ramadhan pada tahun ini. Ceramah kali ini disampaikan oleh Tuan Imam Masjid Jamek Sungkai, Al-Fathil Ustaz Kamilin bin Hj. Asari. Penyampaian yang santai dan bersahaja ternyata dapat menarik perhatian para pelajar dan guru sehingga tamat program. Semoga apa yang disampaikan oleh Tuan Imam dapat dijadikan panduan untuk kita menjalani ibadah puasa dengan lebih sempurna. InsyaAllah.

Gambar-gambar sekitar program Ceramah Awal Ramadhan

Klik di sini untuk gambar yang lain.

Wednesday, July 18, 2012

Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang 2012

Tarikh: 17 Julai 2012
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pg
Tempat: Dewan SMK Sungkai

Sempena sambutan bulan kemerdekaan tahun 2012, Panitia Sejarah SMK Sungkai telah diamanahkan untuk melaksanakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat sekolah. Majlis pada awalnya hendak diadakan di dataran kejat, namun disebabkan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke dewan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pn. Pengetua, Hjh. Rohani bt Abdul Hamid apabila beliau menerima bendera jalur gemilang yang dibawa khas oleh ejen 007 Mr. James Bond. Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar dan guru serta nyanyian lagu-lagu patriotik.

Gambar sekitar majlis sedang dimuat naik ke galeri album SMK Sungkai

Klik di sini untuk ke galeri album SMK Sungkai.

Wednesday, July 11, 2012

Senamrobik 1Malaysia

Tarikh: 10 Julai 2012
Hari: Selasa
Masa: 7.30 pg
Tempat: Padang SMK Sungkai

Serentak di seluruh negara dilancarkan acara Senamrobik 1Malaysia untuk dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai acara senamrobik yang teramai disertai dalam satu masa. Semua pelajar, guru dan kakitangan SMK Sungkai bersedia seawal jam 7.00 pg bagi menyertai acara ini. Ternyata acara yang menyihatkan ini dapat memberikan manfaat kepada warga SMK Sungkai untuk menjalani rutin harian dengan lebih bersemangat lagi.

Gambar-gambar sekitar acara Senamrobik 1Malaysia
Klik di sini untuk gambar-gambar yang lain.

Hari Interaksi 2 2012

Tarikh: 10 Julai 2012
Masa: 11.00 - 1.30 ptg
Tempat: Kelas-kelas Tingkatan KP - 6Atas

Hari interaksi memberi peluang kepada ibu bapa untuk berjumpa dengan guru kelas anak masing-masing. Peluang ini seharusnya digunakan sebaik mungkin untuk melihat pencapaian anak jagaan mereka di samping berkongsi idea dengan guru-guru demi kecemerlangan anak masing-masing. Segala permasalahan sama ada di pihak guru mahupun ibu bapa dapat dibincangkan secara terus di dalam perjumpaan ini.

Gambar sekitar Hari Interaksi 2 2012

Klik di sini untuk gambar-gambar yang lain.

Friday, July 6, 2012

Program Menderma Darah

Khamis, 5 Julai 2012 - Sempena sambutan Hari Koperasi Sekolah, Koperasi SMK Sungkai Berhad dengan kerjasama Hospital Daerah Slim River mengadakan Program Menderma Darah. Para pelajar dan guru SMK Sungkai berpeluang untuk menderma darah bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan stok darah di Hospital Daerah Slim River terutamanya menjelang musim perayaan ini. Para penderma akan memperoleh beberapa manfaat apabila menderma darah selain turut menerima sijil penghargaan daripada pihak hospital.

Gambar-gambar sekitar program Menderma Darah di Dewan A SMK Sungkai

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Thursday, July 5, 2012

Majlis Pelancaran Bulan Membaca 2012

Tarikh: 4 Julai 2012
Hari: Rabu
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Kejat

Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu telah berjaya melaksanakan pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Sekolah pada 4 Julai 2012. Majlis pelancaran terpaksa dilewatkan ke hari Rabu memandangkan pada hari Isnin, bilik guru lama yang terletak berhampiran dengan dataran perhimpunan digunakan untuk tujuan peperiksaan MUET. Bermula pada 2 Julai hingga 31 Julai 2012, pelbagai aktiviti yang akan dilangsungkan sempena Kempen Bulan Membaca. Semoga dengan aktiviti-aktiviti yang pelbagai itu akan dapat membina keilmuan dan sahsiah dikalangan murid dalam proses pedagogi, Insyallah…. Antara aktiviti yang telah dirancang ialah mengarang, bercerita, kuiz, sajak, pidato dan teka silangkata.

Gambar-gambar sekitar majlis pelancaran sedang dimuat naik ke galeri album SMK Sungkai.

Sunday, July 1, 2012

Kejohanan Olahraga SMK Sungkai Ke-42

Tarikh: 30 Jun 2012
Masa: 7.45 pg - 12.30 Tgh Hari
Tempat: Padang SMK Sungkai

Kejohanan Olahraga SMK Sungkai Kali Ke-42 berlangsung dengan meriahnya. Upacara perasmian di sempurnakan oleh wakil kepada En. Isham, iaitu En. Azhar. Berikut ialah keputusan beberapa pertandingan yang diadakan bagi memeriahkan lagi kejohanan pada kali ini.

Pertandingan Perbarisan Kategori Rumah Sukan
Pemenang: Rumah Syahbandar

Perbarisan Perbarisan Kategori Unit Beruniform
Pemenang: Kadet Polis

Pertandingan Hiasan Khemah Rumah Sukan
Pemenang: Rumah Temenggung

Anugerah Olahragawan 2012
Pemenang: Ding Zhou Kang (Bendahara)
Emas acara Lontar Peluru, Rejam Lembing dan Lempar Cakera

Anugerah Olahragawati 2012
Pemenang: Doothambury (Bendahara)
Emas acara 400M, Lompat Jauh, dan 4X100M

Kedudukan Rumah Sukan
Johan: Rumah Bendahara
Naib Johan: Rumah Laksamana
Ketiga: Rumah Temenggung
Keempat: Rumah Syahbandar

Gambar gambar sekitar hari Kejohanan Olahraga ke-42 2012







Klik di sini untuk melihat gambar-gambar yang lain.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...