Tuesday, August 14, 2012

Lawatan Tuan PPD dan TPPD ke SMK Sungkai

Tarikh: 14 Ogos 2012
Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi

Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Batang Padang, Tuan Hj. Wazir Bin Mustafa dengan diiringi oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah, En. Osman Bin Mohamed Bahari telah melawat SMK Sungkai untuk melihat sendiri keadaan sekolah yang dilanda ribut pada Ahad lepas. Beliau mengambil masa lebih kurang satu jam untuk meninjau kerosakan yang berlaku pada bangunan-bangunan kelas dan bilik khas.
Pada masa yang sama kakitangan sekolah termasuk beberapa orang guru melakukan gotong-royong membersihkan sisa runtuhan pada garaj letak kereta, kantin, surau dan tempat-tempat yang perlu dibersihkan segera.

Klik gambar untuk ke galeri album SMK Sungkai

1 comment:

Harmi Mohammad Jamil said...

Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk blog:
http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...