Tuesday, May 9, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

     
     Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik [MAKA].  Majlis ini bermula jam 8.30 pagi dan sempurnajaya tepat jam 11.30 pg.  Majlis yang bermakna dan bersejarah kali ini telah diadakan di Dewan Gemilang.  Majlis ini merupakan antara aktiviti tahunan yang penting lagi utama bagi sekolah.  Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada para pelajar yang berjaya dan cemerlang dalam bidang kurikulum.  Hal ini serta tidak langsung dapat membakar semangat pelajar berkenaan agar terus gigih berusaha.  Dalam masa yang sama, diharapkan agar para pelajar yang lain dapat menjadikan contoh para pelajar cemerlang ini sebagai model.

     Sebelum majlis berlangsung, beberapa persiapan telah dijalankan. Persiapan tersebut dilakukan oleh 29 jawatankuasa kerja dan penganjuran majlis yang terdiri daripada para warga sekolah.  Guru-guru dibantu oleh pelajar-pelajar yang dilantik sama menganggotai beberapa jawatankuasa. Semua urusan dilaksanakan seusai mesyuarat MAKA pertama diadakan. Manakala urusan seperti hadiah dan latihan persembahan pelajar dilakukan beberapa hari sebelum majlis ini, sementara kerja-kerja menyusun kerusi dan menghiasi pentas dilakukan sehari sebelum majlis berlangsung. Di samping itu, raptai majlis diadakan sebanyak tiga kali bagi memastikan majlis MAKA berjalan dengan lancar.
     Sambutan dilakukan dengan penuh adat dan tradisi. Tetamu Jemputan Kehormat diringi oleh Pengetua, YDP PIBG, Para Pentadbir sekolah serta tetamu jemputan khas dengan paluan kompang oleh pelajar-pelajar sekolah, diserikan lagi dengan bunga manggar, tepak sirih dan bunga telur.


     Majlis ini dimulakan dengan nyanyian lagi Negaraku, Ucapan Aluan Pengacara dan bacaan doa oleh Ust Dr Nordin Bin Halis.  Selepas bacaan doa selesai, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pengetua sekolah pula menyampaikan ucapan masing-masing.  Seterusnya, tetamu jemputan kehormat, iaitu Encik Sambathu, pegawai JASA yang mewakili Y.B. Dato’ Seri Ong Ka Chuan menyampaikan ucapan perasmian, seterusnya menyempurnakan GIMIK pelancaran sebagai tanda bermulanya majlis MAKA 2017.

     Seterusnya, majlis diserikan dengan tiga persembahan pelajar yang diadakan secara berselang seli dengan penyampaian hadiah bagi pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan dalaman, peperiksaan awam PT3, SPM dan STPM 2016 diadakan.


     Dikuti pula dengan anugerah penghargaan kepada panitia yang cemerlang, serta penyampaian lima anugerah khas melibatkan komuniti, Ketua Pengawas, Ketua Pengawas Pusat Sumber, Sahsiah Terpuji (lelaki dan perempuan) yang memberikan sumbangan cemerlang kepada sekolah dan terlibat aktif dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah sepanjang tahun.

Seramai 109 orang pelajar telah menerima pengiktirafan berdasarkan kepada kategori-kategori tertentu.  Antaranya ialah pelajar terbaik setiap kelas, pelajar terbaik bagi setiap tingkatan, pelajar terbaik dalam mata pelajaran, pelajar cemerlang PT3, SPM dan STPM.





Majlis kemudiannya diakhiri dengan persembahan pentas oleh pelajar.   Dikuti dengan jamuan ringan kepada tetamu jemputan khas.  Keseluruhannya, majlis ini berjalan lancar, walaupun terdapat sedikit kekurangan dan kecacatan semasa majlis berlangsung.  Pengetua mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua jawatankuasa penganjuran majlis yang bertungkus lumus dan bekerja keras untuk memastikan majlis itu berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pengerusi jawatankuasa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan MAKA.  Kepada para penyumbang, TERIMA KASIH DAUN KELADI.


Majlis Anugerah Kecemerlangan Akedemik 2017

           Tanggal 28 April 2017 [Jumaat], Sekolah Menengah Kebangsaan Sungkai telah mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ...